Fakta Sains Tentang Isotonix

Dapatkan Hasil Maksimum

Semua yang anda telah makan dan minum, termasuk suplemen nutrisi, mesti ditukar ke dalam bentuk isotonik sebelum melalui usus kecil anda di mana ia akan diserap.

“Isotonik” bermaksud mempunyai tekanan bendalir yang sama dengan bendalir badan yang lain seperti darah dan air mata. Semasa anda makan, minum, atau mengambil pil atau kapsul, perut anda perlu terlebih dahulu merembeskan jus melarut, enzim, asid hidroklorik, dan sekurang-kurangnya satu protein pengikat vitamin untuk meneruskan proses penghadaman. Pengecutan otot-otot perut anda akan menggabungkan kandungan ini sehingga mencapai satu larutan yang sekata. Proses ini mungkin mengambil masa dari 40 minit sehingga 4 jam.

Dalam tempoh penceraian pil dan kapsul biasa, serta proses larutan dan perubahan kandungannya kepada keadaan isotonik yang tepat, kebanyakan daripada aktivitinya telah pun hilang. Semasa proses penghadaman, mikronutrien yang penting dalam pil serta kapsul mungkin diserap lemak, fiber dan tannin atau dinyahaktifkan oleh paras pH yang berasid dalam perut anda.

Infografik

Tetapi semua produk Isotonix telah dirumus secara saintifik dalam nisbah yang seimbang bagi fruktosa, d-glukosa, asid sitrik, kalium bikarbonat dan bahan-bahan lain untuk memastikan ia berada dalam keadaan isotonik sebaik saja memasuki badan anda. Apabila dilarutkan dengan kuantiti air yang betul dan diambil ketika perut kosong, larutan isotonik akan mengalir terus ke dalam usus kecil anda.

Produk isotonix telah diformulasi dengan teliti untuk membersihkan perut anda pada kadar yang optimum untuk penyerapan maksimum. Sebiji pil tidak dapat menghantar vitamin yang dikandungi sepenuhnya ke saluran darah. Pil tersebut mungkin tersisa sepenuhnya di saluran usus anda atau ramuan aktif di dalamnya tidak diserap dengan sepenuhnya. Vitamin yang diambil dalam bentuk Isotonix tidak mempunyai kekurangan ini.

Isotonix menghantar larutan pekat nutrien yang bergerak dari perut ke usus anda dengan cara yang pantas dan terkawal. Dan ia dapat mengelakkan pengurangan nutrien dan lembut terhadap sistem anda.

Mengapakah waktu pengosongan gastrik (usus) sangat penting?

Untuk memaksimumkan keberkesanan dan penggunaan makro- dan mikronutrien.

Mengapakah waktu pengosongan gastrik ditekankan apabila bercakap tentang Isotonix?

Nutrien yang berada dalam bentuk isotonik tidak perlu dipecahkan kepada bentuk isotonik. Jadi, pengosongan gastrik berlaku dengan lebih cepat. Pengesan biologikal dalam saluran gastrousus mengesan bahawa larutan yang diambil adalah dalam keadaan isotonik dan pada nilai pH yang betul. Ini menyebabkan injap pilorus di hujung bawah perut untuk kekal terbuka, membolehkan larutan pekat ini dimasukkan ke dalam usus kecil melalui pengecutan perut. Kemudian, penyerapan nutrien oleh mukosa usus mulai berlaku.

Infografik

Kualiti Unggul & GMP

Mencipta sebuah suplemen yang baik bermula dengan ramuan berkualiti. Bahan-bahan mentah yang digunakan dalam produk Isotonix telah melalui penilaian yang komprehensif oleh pengeluar kami untuk memastikan ia mematuhi kesemua syarat ketulenan dan keberkesanan kami yang ketat.

Pengesahan dan kelulusan daripada Sijil Analisa (COA) diperlukan bagi setiap bahan mentah. Bahan mentah yang telah diluluskan perlu melalui pengesahan makmal untuk ciri-ciri fizikal dan keberkesanan ramuan, termasuklah analisa untuk mengenalpasti sebarang pencemaran mikrobiologi dan logam berat.

Setiap produk Isotonix disediakan mengikut rekod bertulis pengeluaran utama dan setiap kelompok dikaji semula dan diluluskan oleh kakitangan kawalan kualiti pihak pengeluar yang terlatih. Semua produk yang dihasilkan turut diperiksa di gudang kami untuk mengenalpasti kerosakan, ketepatan label, keadaan fizikal, rasa dan identiti sebelum ia dikeluarkan.

Setiap daripada fasiliti pengeluaran kami perlu mematuhi standard GMP (Good Manufacturing Practice). Ini bermakna ia diperiksa secara berkala dan diluluskan sama ada oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat atau Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat untuk memastikan ia mematuhi Prosedur Operasi Standard, latihan kakitangan, spesifikasi produk dan prosedur kelulusan pembekal/vendor yang ketat.

Semua kelengkapan kilang yang bersentuhan dengan produk kami mesti dibersihkan mengikut prosedur yang dipersetujui antara setiap proses pengeluaran dan memastikan bahawa sanitasi telah dilakukan sebelum penggunaan. Sampel produk juga diambil di tahap pengeluaran yang berbeza untuk analisa kimia dan mikrobiologi bagi memastikan ia konsisten dan tulen. Pengesahan kod lot, semakan berat, semakan label dan bahan dilaksanakan mengikut prosedur bertulis yang terperinci.

Soalan-soalan Lazim